Friday, 12 December 2014

LIFE IS GREAT

ASSALAMUALAIKUM

Hari ini berapa ramai orang menangis ? Dan hari ini berapa ramai orang gembira ? Apa yang ditangiskan dan apa yang digembirakan ? Itulah kehidupan . kehidupan yang ada kalanya kita akan menangis dan ada kalanya kita akan gelak ketawa tanpa masalah . Kehidupan memang seperti itu . Penuh dengan kesusahan dan kesakitan . Jadi , bergembiralah walaupun tangisan itu menimpa kita sebab akhirnya kita pasti akan tersenyum semula . 
 
Jika hari ini kita mengeluh dan kita rasa diri tak berguna , janganlah bersedih . Kerana suatu hari nanti , kita pasti akan dapat apa yang kita mahukan . Yakin pada diri sendiri dan jangan berputus asa. jika hari ini kita tidak dapat lakukan , hari lain masih ada . 

Waktu kita sedang menangis , kita rasa cemburu bila lihat orang di sebelah kita . Kenapa orang itu kelihatan senang ? Kenapa kita sahaja yang ditimpa kesusahan ? Sebenarnya , mereka juga ada kisah mereka sendiri . kita sahaja yang tak nampak apa yang mereka alami . mungkin kita nampak mereka senyum tapi disebalik senyuman itu ada kesusahan . Jadi , janganlah rasa iri hati kerana mereka sama sahaja dengan kita . Tidak ada bezanya , yang beza hanyalah jalan cerita masing - masing . 

Janganlah bersedih walaupun dunia ini penuh dengan kesusahan dan kesakitan kerana hari yang senang itu pasti akan datang pada kita .  Bergembiralah walaupun kita tak tahu apa akan jadi pada masa hadapan . Dan bergembiralah untuk esok kerana hari esok masih ada . 


Flowers graphicsFlowers graphicsFlowers graphicsFlowers graphicsFlowers graphics