Saturday, 1 August 2015

AKU BENCI RAYA!

Aku benci raya!!!!!!
help crazy rabbit
Lantak lah kalau orang kata aku ini pelik ke gila ke, tapi aku tetap benci raya! Aku bukannya nak melanggar perintah Allah tak nak sambut aidilfitri, tapi aku tak suka raya!!!!! 
kill crazy rabbit Aku rasa macam nak lari setiap kali bulan syawal. Setiap tahun aku akan menangis dan pendam je hati aku. sakit tahu tak!!!!!!!!!

Aku marah ni. 

Aku tak suka raya sebab.. mak bapa aku suka paksa aku ikut pergi beraya rumah pak cik mak cik. ya aku tahu, waktu-waktu macam ini lah kita boleh rapatkan hubungan. Macam esok, mak aku ajak pergi beraya kat seremban. Aku tak nak pergi!!
boohoo crazy rabbit

 Pastu mak aku pun mulalah buat ayat-ayat sedih. "Tak apalah, esok korang tak payah ikut. Ibu ngan ayah je yang pergi."   
Saya bila ibu saya dah cakap macam itu, saya tak senang hati lah pula. saya pun kasi lah alasan. saya cakap, anak orang lain tak ikut pun mak bapa dorang pergi beraya. tak malu ke nanti kalau orang cakap dah besar-besar pun ikut mak bapa. 
lepas tu mak saya bagi jawapan baik punya. 
looser crazy rabbit"Tak lah, anak-anak yang tak ikut mak bapa dorang yang nampak kurang ajar. pergi melawat kawan nak, pergi melawat saudara mara tak nak." 

Perh~~ Tahu tak? Terasa kot saya dengan kata-kata pedas mak saya itu. Dahlah minggu lepas saya baru pergi beraya rumah kawan-kawan saya. Saya diam je. Dalam hati dah menangis.

poking crazy rabbit 

Sebenarnya.. ada sebab kenapa saya tak suka raya. saya tak suka raya sebab nanti kena pergi rumah saudara mara. Mungkin sebab sejak kecil lagi benda ni jadi kat saya, jadi saya dah rasa fobia nak pergi rumah saudara mara atau rumah kawan mak bapa saya.
Pak cik mak cik sebelah ayah saya jenis orang yang berduit dan pentingkan pelajaran. Orang jenis macam saya ini lah yang anti orang-orang macam ini. Setiap kali raya rumah dorang mesti dorang tanya, belajar kat mana, buat apa, pastu dorang komen sikit pasal diri kita. Nak diceritakan saya ini  tak pandai pun. adik beradik saya semua pandai-pandai. setiap kali raya, ayah saya akan bangga dengan dorang. saya pula akan rasa macam diri ini jauh..... sangat. Jauh-jauh dan tersorok kat belakang batu besar.  Kalau boleh, saya nak elak dan lari dari berbual-bual dengan mak cik pak cik saya. Sampailah sekarang. Walaupun sekarang ini saya berjaya juga sampai ke merana gading, tapi saya masih teringat-ingat dan takut nak berhadapan dengan saudara mara. saya dah tak ada confident dengan diri saya lagi bila depan dorang.

kalau boleh saya nak tepis semua jemputan raya ke.. atau mak bapa saya ajak raya ke macam rabbit ini. Nampak seronok je dia tepis semua yang datang kat dia.
taichi crazy rabbit

Thursday, 30 July 2015

assalamualaikum wahai kawan-kawanku sekalian.
mouse girl 06wah~~~  dah lama betul saya tak menulis kat sini. last saya tulis pasal life is great. yeah! life is great!
Sekarang ni saya tak buat apa-apa. cuma saya saya tengah cuti sem. Oh! Saya lupa nak bagi tahu yang sekarang saya sambung degree. Full time. asalnya saya nak belajar part time sambil bekerja. tapi entah macam mana takdir Tuhan itu, saya sambung juga belajar fulltime.  Hohohoho!!
Sejak saya masuk degree ni, banyak benda yang saya pelajari, semuanya jadi pengajaran pada saya. Dulu masa zaman diploma saya selalu mengeluh. Kenapa tak macam ini, kenapa tak macam itu. Bila dah masuk degree ni barulah saya terasa yang zaman diploma itulah yang lebih baik dan seronok dari degree ni. mouse girl 16Dulu, zaman diploma saya mengeluh, kenapa roommate aku macam ini. bila dah masuk degree baru saya tersedar sepatutnya time diploma dulu saya patut bersyukur dengan roomate saya. Saya patut bersyukur dengan kerenah lecturer saya time diploma. jadi kesimpulannya, apa saja yang kita dapat kita patut bersyukur dan terima seadanya. sebab mungkin masa akan datang kita akan dapat lebih teruk dari sekarang.


Friday, 12 December 2014

LIFE IS GREAT

ASSALAMUALAIKUM

Hari ini berapa ramai orang menangis ? Dan hari ini berapa ramai orang gembira ? Apa yang ditangiskan dan apa yang digembirakan ? Itulah kehidupan . kehidupan yang ada kalanya kita akan menangis dan ada kalanya kita akan gelak ketawa tanpa masalah . Kehidupan memang seperti itu . Penuh dengan kesusahan dan kesakitan . Jadi , bergembiralah walaupun tangisan itu menimpa kita sebab akhirnya kita pasti akan tersenyum semula . 
 
Jika hari ini kita mengeluh dan kita rasa diri tak berguna , janganlah bersedih . Kerana suatu hari nanti , kita pasti akan dapat apa yang kita mahukan . Yakin pada diri sendiri dan jangan berputus asa. jika hari ini kita tidak dapat lakukan , hari lain masih ada . 

Waktu kita sedang menangis , kita rasa cemburu bila lihat orang di sebelah kita . Kenapa orang itu kelihatan senang ? Kenapa kita sahaja yang ditimpa kesusahan ? Sebenarnya , mereka juga ada kisah mereka sendiri . kita sahaja yang tak nampak apa yang mereka alami . mungkin kita nampak mereka senyum tapi disebalik senyuman itu ada kesusahan . Jadi , janganlah rasa iri hati kerana mereka sama sahaja dengan kita . Tidak ada bezanya , yang beza hanyalah jalan cerita masing - masing . 

Janganlah bersedih walaupun dunia ini penuh dengan kesusahan dan kesakitan kerana hari yang senang itu pasti akan datang pada kita .  Bergembiralah walaupun kita tak tahu apa akan jadi pada masa hadapan . Dan bergembiralah untuk esok kerana hari esok masih ada . 


Flowers graphicsFlowers graphicsFlowers graphicsFlowers graphicsFlowers graphics

Tuesday, 25 November 2014

TIPS GODA LELAKI KAYA

Selamat pagi crazy monkey 197

crazy monkey 087
Hari ini saya nak bagi tips macam mana perempuan nak buat lelaki kaya jatuh hati kat korang. Senang je sebenarnya. Tapi ikut tuah masing-masing jugalah. Kalau ada nasib kira beruntung. kalau tak ada nasib itu, tak apalah. jangan berputus asa. Cuba lagi.

 Jadi, tang ni la cek nak habak mai. Cek nak kongsi dengan hang pa semua usaha nak ngurat laki kaya ni.

Satu je cara dia wahai ladies. Cara dia, sila buka tv3 setiap hari isnin sampai khamis jam 7 malam. Ha . . . . Time tu memang slot khas cerita macam mana nak buat lelaki kaya jatuh hati kat kita. Jangan risau kalau cerita tu dah tamat. Tunggu je cerita yang seterusnya. Mesti sama je ceritanya. lelaki kaya suka kat perempuan sederhana. Ha jadi kat situ lah kita boleh observe macam mana perempuan-perempuan nak dapatkan lelaki  kaya.crazy monkey 136

Melalui pemerhatian yang saya buat melalui drama tv3, first korang bawa kereta dan  korang kasi langgar sikit kereta lelaki kaya yang korang dah tuju. Jangan langgar teruk sangat. Bagi calar sikit je. nanti tak pasal-pasal banyak pula duit keluar nak repair kereta. Ha . . . . bila dah langgar tu korang buatlah muka comel-comel sikit. Insyaallah, kalau Allah izinkan lelaki tu akan automatik suka kat korang macam dalam cerita drama tv3 tu. crazy monkey 114

Yang kedua pula, korang kena jadi bibik. walaupun penat korang kena tahan. Cari rumah yang besar-besar dan jadi bibik kat situ. Mesti punyalah korang boleh skodeng lelaki kaya yang duduk kat dalam rumah tu. Dan secara tak langsung dorang akan suka kat korang sebab nanti dorang nampak korang baik sebab sanggup jadi bibik untuk dapatkan duit. dan dorang akan fikir korang boleh crazy monkey 205jadikan isteri sebab pandai mengemas rumah.

Yang ketiga pula, korang target kat mak lelaki kaya yang korang nak. Ni paling penting sekali oh... kalau nak kahwin dengan lelaki yang kita suka mesti kena pandai ambil hati mak dorang. Kalau dorang tak nak kahwin dengan kita sekali pun mesti punya mak dorang paksa kahwin dengan kita juga sebab mak dorang dah suka kat kita. Lelaki-lelaki kaya ini pun terpaksa ikut  kata mak dorang sebab nak jadi waris harta kena ikut cakap mak. Macam dalam drama tv3 petang-petang tu. Paling senang korang cari kerja dekat syarikat datin yang ada anak lelaki. Perh. pada waktu sama korang boleh dapat gaji dan korang boleh bodek datin tu. Secara tak langsung korang boleh dapat anak dorang.
crazy monkey 183


Itu sahaja tips yang saya buat hasil dari drama petang tv3. Tapi korang mesti ingat, nak buat tips ini kemungkinan akan dapat kesan buruk. Buatnya korang jumpa lelaki yang kaya tapi pemarah. Calarkan sikit kereta dorang , dorang dah melenting.crazy monkey 170

 Jadi, apa-apa pun jangan risau. kalau kita ada jodoh kat dunia ini, pasti jodoh tu akan datang. Cuma kita kena berusaha cari jodoh tu. sebab kadang-kadang jodoh dah ada kat depan mata , tapi  kita je tak perasan.
crazy monkey 053



CONVOCATION UITM

Assalamualaikum. ~ ~ ~
Hohohohoho


Suka citanya, hari ini saya telah officially menamatkan diploma saya dengan ada rasa sikit bangganya. Hahahaha.  Dan duka cita, mulai hari ini saya betul-betul jadi penganggur yang sebenar. Nak sambung degree tak tahu bila.

Pagi tadi saya pergi convo kat shah lam dengan kawan saya. Saya bangun pukul 4.15 pagi. Siap-siap tengok2 dah masuk waktu solat. solat la apa lagi. Pukul enam terus saya dengan kawan saya bertolak ke uitm shah alam.

saya sebenarnya first time bawa kereta ke shah alam sebab sebelum ini kita orang belajar kat bangi. Nak jejak kaki ke shah alam punyalah jarang. so kita orang plan nak pakai waze untuk elakkan sesat. Tapi waze pula buat hal. Pagi tadi pulalah waze tak dapat nak detect jalan kat malaysia ini. Terpaksa kita orang pakai signboard yang dah disediakan kat tepi jalan. nasib baik senang nak cari uitm tu. Dari kl saya ikut jalan faderal highway. Jalan je terus. Ikut ke shah alam. tapi nanti banyak signboard masuk ke bandar utama shah alam. korang jangan masuk lorong tu. jalan je terus sampai jumpa signboard lorong ke UITM. ha masuk situ. bila dah masuk nanti mesti nampak signboard uitm lagi. Ikut je. tengok-tengok nanti dah sampai.

Bagi sesiapa yang datang seorang diri ke convocation tanpa mak bapa silalah jangan sedih. sebab keluarga saya pun tadi tak datang. Saya pergi dengan kawan dan balik sorang-sorang sebab kawan saya tu dia balik dengan keluarga dia. Hem... sebenarnya adalah rasa sedih sikit bila tengok ramai graduan ambil gambar dengan mak bapa. Paling sedih sekali bila tengok orang sebelah dapat bunga. Bengkek je hati. 


 

babai ~ ~ ~

Thursday, 13 November 2014

CARA NAK HILANGKAN MISAI BAGI PEREMPUAN

Assalamualaikum.
speaker phone leaf
Kali ni saya nak cerita pasal misai. Bukan misai lelaki. tapi misai perempuan. zaman sekarang ni ramai perempuan yang mula tumbuh misai. Ada orang kata itu bukan misai. tapi itu bulu roma yang berlebihan.
Macam mana perempuan boleh tumbuh misai? Ada orang kata sebab terlebih makan ayam inject jadi misai pun tumbuh. Ada orang kata pula misai tumbuh sebab hormon lelaki terlebih dalam badan.
 Habis tu nak buat macam mana?
Kesian tau kat perempuan yang ada misai ni. lagi kesian kalau dorang jumpa dengan lelaki kurang ajor. kadang-kadang ada setengah lelaki ni main lepas je cakap. "Kenapa kau ada misai?"
sad leafSakitnya hati perempuan bila lelaki tanya mcam tu. Lepas tu ada pula lelaki cakap dia suka kat perempuan yang ada misai sebab nampak cool. Puih ! penipulah kau. Mentang-mentang dorang bukan kat situasi ni bolehlah dorang cakap macam tu.

Nak dipendekkan cerita sebenarnya aku pun ada misai juga.cry leaf Tapi misai aku tak teruk sangat macam lelaki lain sampai melentik. misai aku ni macam misai ustaz kazim. Bulu tumbuh sikit-sikit je kat tepi bibir. Tapi sebab kulit aku putih, misai aku ni boleh nampak jelas.
Aku dah buat survey pasal cara-cara nak hilangkan misai untuk perempuan. Ada beberapa cara.
    search leaf
  1. Surgary wax
  2. Threading
  3. veet
  4. leser.
  5. Cukur jangan sesekali.

Surgery wax aku dah try pakai. berkesan juga. tapi ada setengah bulu tak tercabut.Terpaksa aku pakai pencabut bulu hidung nak cabut bulu yang tertinggal. 

Threading pula aku tak pernah cuba sebab nak buat sendiri tak expert. Kita kena pandai adjust benang lepas tu tarik bulu misai kita. biasanya orang pakai ni untuk cabut bulu kening. 

Veet lagi aku tak pernah cuba. 

Leser pun boleh bagi yang berkemampuan. cara ni lagi bagus untuk hilgkan misai. Bila aku dah ada duit nanti aku ingat aku pun nak buat leser juga. 

Cukur jangan sesekali ! Sebab kalau kita cukur, sehari dah tumbuh balik misai tu. Parah. Tak pasal-pasal kita jadi macam lelaki nanti. Setiap pagi kena bercukur. Sebab kalau bercukur, bulu tu kita tak hilangkan dengan akar dia sekali. klu kita cabut, dengan akar-akar kat dalam kulit tu tercabut sekali. Tapi tak semestinya akar bulu tu akan mati sampai bila-bila. Bulu tu akan tumbuh juga suatu hari nanti.

Ramai perempuan yang ada masalah macam ni, dorang cakap dorang takut nak hilangkan misai sebab takut nanti lagi parah misai tu. Takut akan tumbuh misai lagi lebat dan kasar. Habis tu nak buat macam mana? Kita buat tak tahu je ke pasal misai ni?
glass leafAnggap kat atas bibir kita ni bersih daripada sebarang bulu. Kalau ada lelaki tegur atau dok perhatikan misai kita, kasi penumbuk kat mata dorang.

Tuesday, 11 November 2014

DAUN BETIK UNTUK DENGGI

Zaman sekarang ni, myamuk punyalah jahat. Dah lah hisap darah kita. lepas tu bagi kita demam denggi pula tu. Hari tu lepas raya, saya kena demam denggi sampai masuk hospital. tapi satu hari je saya duduk kat hospital.ill onion head Platelet saya yang paling rendah bacaan dia 52. Maksudnya bacaan darah saya tak normal. kalau normal platelet kita mesti 150 ke atas. 

lepas tu, mak cik saya bagi petua untuk cepat sembuh dari demam denggi. Biasanya orang yang kena demam denggi ni, dorang akan rasa lemah je satu badan. Macam kawan ayah saya, tiga bulan badan dia rasa lemah and tak larat nak buat kerja berat. jalan pun macam tak bermaya. Tapi dalam kes saya pula alhamdulillah sebulan je saya dah sembuh sepenuhnya sebab saya amalkan ubat tradisonal ni.good job onion head

cara-cara nak buat air daun betik : 

(1) Mula-mula korang ambil daun betik. daun betik tu jangan yang muda sangat. ambil yang sederhana usianya. Yang tua pun bole juga tapi jangan ambil yang dah layu pula. kalau tak tau yang mana satu daun yang muda and yang tua, tanya je orang tua. orang tua-tua mesti tau. Nak dapatkan daun ni korang boleh ambil kat tepi jalan. kadang-kadang kat tepi jalan ada pokok betik. Tapi kalau pokok betik tu orang punya, silalah minta izin dulu tau. steal onion head

(2) Dah dapat daun betik tu, korang belenda daun tu. daun betik kan panjang. jadi korang jangan belenda sekali gus. belenda untuk sekali minum je. daun yang lebih tu simpan untuk hari esok. masa belenda tu letak air sikit je. dah belenda, kita tapis ke cawan tea. minum air ni sehari sekali tak kira pagi atau petang atau malam. janji minum. Bila dah tapis kita boleh minum. Ingat! jangan bubuh gula. sebab air ni memang pahit. kalau tak tahan sangat dengan pahit air tu, korang bole letak madu sikit. kalau kat rumah tak ada madu, tahan je la pahit air tu. Bukan mati pun, insyaallah makin sihat.

vomiting onion head
Senang je nak buat air betik ni. tak keluarkan kos langsung. kalau keluar kos pun, kos minyak kereta atau minyak motor sebab pusing-pusing cari pokok betik. Jadi, bagi sesiapa yang kena demam denggi silalah amalkan petua ni. kalau ada kenalan yang menderita penyakit ni pun, silalah bagi tau kat dorang pasal benda ni. sekian, terima kasih.

byby   info onion head