Tuesday, 25 November 2014

TIPS GODA LELAKI KAYA

Selamat pagi crazy monkey 197

crazy monkey 087
Hari ini saya nak bagi tips macam mana perempuan nak buat lelaki kaya jatuh hati kat korang. Senang je sebenarnya. Tapi ikut tuah masing-masing jugalah. Kalau ada nasib kira beruntung. kalau tak ada nasib itu, tak apalah. jangan berputus asa. Cuba lagi.

 Jadi, tang ni la cek nak habak mai. Cek nak kongsi dengan hang pa semua usaha nak ngurat laki kaya ni.

Satu je cara dia wahai ladies. Cara dia, sila buka tv3 setiap hari isnin sampai khamis jam 7 malam. Ha . . . . Time tu memang slot khas cerita macam mana nak buat lelaki kaya jatuh hati kat kita. Jangan risau kalau cerita tu dah tamat. Tunggu je cerita yang seterusnya. Mesti sama je ceritanya. lelaki kaya suka kat perempuan sederhana. Ha jadi kat situ lah kita boleh observe macam mana perempuan-perempuan nak dapatkan lelaki  kaya.crazy monkey 136

Melalui pemerhatian yang saya buat melalui drama tv3, first korang bawa kereta dan  korang kasi langgar sikit kereta lelaki kaya yang korang dah tuju. Jangan langgar teruk sangat. Bagi calar sikit je. nanti tak pasal-pasal banyak pula duit keluar nak repair kereta. Ha . . . . bila dah langgar tu korang buatlah muka comel-comel sikit. Insyaallah, kalau Allah izinkan lelaki tu akan automatik suka kat korang macam dalam cerita drama tv3 tu. crazy monkey 114

Yang kedua pula, korang kena jadi bibik. walaupun penat korang kena tahan. Cari rumah yang besar-besar dan jadi bibik kat situ. Mesti punyalah korang boleh skodeng lelaki kaya yang duduk kat dalam rumah tu. Dan secara tak langsung dorang akan suka kat korang sebab nanti dorang nampak korang baik sebab sanggup jadi bibik untuk dapatkan duit. dan dorang akan fikir korang boleh crazy monkey 205jadikan isteri sebab pandai mengemas rumah.

Yang ketiga pula, korang target kat mak lelaki kaya yang korang nak. Ni paling penting sekali oh... kalau nak kahwin dengan lelaki yang kita suka mesti kena pandai ambil hati mak dorang. Kalau dorang tak nak kahwin dengan kita sekali pun mesti punya mak dorang paksa kahwin dengan kita juga sebab mak dorang dah suka kat kita. Lelaki-lelaki kaya ini pun terpaksa ikut  kata mak dorang sebab nak jadi waris harta kena ikut cakap mak. Macam dalam drama tv3 petang-petang tu. Paling senang korang cari kerja dekat syarikat datin yang ada anak lelaki. Perh. pada waktu sama korang boleh dapat gaji dan korang boleh bodek datin tu. Secara tak langsung korang boleh dapat anak dorang.
crazy monkey 183


Itu sahaja tips yang saya buat hasil dari drama petang tv3. Tapi korang mesti ingat, nak buat tips ini kemungkinan akan dapat kesan buruk. Buatnya korang jumpa lelaki yang kaya tapi pemarah. Calarkan sikit kereta dorang , dorang dah melenting.crazy monkey 170

 Jadi, apa-apa pun jangan risau. kalau kita ada jodoh kat dunia ini, pasti jodoh tu akan datang. Cuma kita kena berusaha cari jodoh tu. sebab kadang-kadang jodoh dah ada kat depan mata , tapi  kita je tak perasan.
crazy monkey 053



2 comments: