Friday, 12 December 2014

LIFE IS GREAT

ASSALAMUALAIKUM

Hari ini berapa ramai orang menangis ? Dan hari ini berapa ramai orang gembira ? Apa yang ditangiskan dan apa yang digembirakan ? Itulah kehidupan . kehidupan yang ada kalanya kita akan menangis dan ada kalanya kita akan gelak ketawa tanpa masalah . Kehidupan memang seperti itu . Penuh dengan kesusahan dan kesakitan . Jadi , bergembiralah walaupun tangisan itu menimpa kita sebab akhirnya kita pasti akan tersenyum semula . 
 
Jika hari ini kita mengeluh dan kita rasa diri tak berguna , janganlah bersedih . Kerana suatu hari nanti , kita pasti akan dapat apa yang kita mahukan . Yakin pada diri sendiri dan jangan berputus asa. jika hari ini kita tidak dapat lakukan , hari lain masih ada . 

Waktu kita sedang menangis , kita rasa cemburu bila lihat orang di sebelah kita . Kenapa orang itu kelihatan senang ? Kenapa kita sahaja yang ditimpa kesusahan ? Sebenarnya , mereka juga ada kisah mereka sendiri . kita sahaja yang tak nampak apa yang mereka alami . mungkin kita nampak mereka senyum tapi disebalik senyuman itu ada kesusahan . Jadi , janganlah rasa iri hati kerana mereka sama sahaja dengan kita . Tidak ada bezanya , yang beza hanyalah jalan cerita masing - masing . 

Janganlah bersedih walaupun dunia ini penuh dengan kesusahan dan kesakitan kerana hari yang senang itu pasti akan datang pada kita .  Bergembiralah walaupun kita tak tahu apa akan jadi pada masa hadapan . Dan bergembiralah untuk esok kerana hari esok masih ada . 


Flowers graphicsFlowers graphicsFlowers graphicsFlowers graphicsFlowers graphics

Tuesday, 25 November 2014

TIPS GODA LELAKI KAYA

Selamat pagi crazy monkey 197

crazy monkey 087
Hari ini saya nak bagi tips macam mana perempuan nak buat lelaki kaya jatuh hati kat korang. Senang je sebenarnya. Tapi ikut tuah masing-masing jugalah. Kalau ada nasib kira beruntung. kalau tak ada nasib itu, tak apalah. jangan berputus asa. Cuba lagi.

 Jadi, tang ni la cek nak habak mai. Cek nak kongsi dengan hang pa semua usaha nak ngurat laki kaya ni.

Satu je cara dia wahai ladies. Cara dia, sila buka tv3 setiap hari isnin sampai khamis jam 7 malam. Ha . . . . Time tu memang slot khas cerita macam mana nak buat lelaki kaya jatuh hati kat kita. Jangan risau kalau cerita tu dah tamat. Tunggu je cerita yang seterusnya. Mesti sama je ceritanya. lelaki kaya suka kat perempuan sederhana. Ha jadi kat situ lah kita boleh observe macam mana perempuan-perempuan nak dapatkan lelaki  kaya.crazy monkey 136

Melalui pemerhatian yang saya buat melalui drama tv3, first korang bawa kereta dan  korang kasi langgar sikit kereta lelaki kaya yang korang dah tuju. Jangan langgar teruk sangat. Bagi calar sikit je. nanti tak pasal-pasal banyak pula duit keluar nak repair kereta. Ha . . . . bila dah langgar tu korang buatlah muka comel-comel sikit. Insyaallah, kalau Allah izinkan lelaki tu akan automatik suka kat korang macam dalam cerita drama tv3 tu. crazy monkey 114

Yang kedua pula, korang kena jadi bibik. walaupun penat korang kena tahan. Cari rumah yang besar-besar dan jadi bibik kat situ. Mesti punyalah korang boleh skodeng lelaki kaya yang duduk kat dalam rumah tu. Dan secara tak langsung dorang akan suka kat korang sebab nanti dorang nampak korang baik sebab sanggup jadi bibik untuk dapatkan duit. dan dorang akan fikir korang boleh crazy monkey 205jadikan isteri sebab pandai mengemas rumah.

Yang ketiga pula, korang target kat mak lelaki kaya yang korang nak. Ni paling penting sekali oh... kalau nak kahwin dengan lelaki yang kita suka mesti kena pandai ambil hati mak dorang. Kalau dorang tak nak kahwin dengan kita sekali pun mesti punya mak dorang paksa kahwin dengan kita juga sebab mak dorang dah suka kat kita. Lelaki-lelaki kaya ini pun terpaksa ikut  kata mak dorang sebab nak jadi waris harta kena ikut cakap mak. Macam dalam drama tv3 petang-petang tu. Paling senang korang cari kerja dekat syarikat datin yang ada anak lelaki. Perh. pada waktu sama korang boleh dapat gaji dan korang boleh bodek datin tu. Secara tak langsung korang boleh dapat anak dorang.
crazy monkey 183


Itu sahaja tips yang saya buat hasil dari drama petang tv3. Tapi korang mesti ingat, nak buat tips ini kemungkinan akan dapat kesan buruk. Buatnya korang jumpa lelaki yang kaya tapi pemarah. Calarkan sikit kereta dorang , dorang dah melenting.crazy monkey 170

 Jadi, apa-apa pun jangan risau. kalau kita ada jodoh kat dunia ini, pasti jodoh tu akan datang. Cuma kita kena berusaha cari jodoh tu. sebab kadang-kadang jodoh dah ada kat depan mata , tapi  kita je tak perasan.
crazy monkey 053



CONVOCATION UITM

Assalamualaikum. ~ ~ ~
Hohohohoho


Suka citanya, hari ini saya telah officially menamatkan diploma saya dengan ada rasa sikit bangganya. Hahahaha.  Dan duka cita, mulai hari ini saya betul-betul jadi penganggur yang sebenar. Nak sambung degree tak tahu bila.

Pagi tadi saya pergi convo kat shah lam dengan kawan saya. Saya bangun pukul 4.15 pagi. Siap-siap tengok2 dah masuk waktu solat. solat la apa lagi. Pukul enam terus saya dengan kawan saya bertolak ke uitm shah alam.

saya sebenarnya first time bawa kereta ke shah alam sebab sebelum ini kita orang belajar kat bangi. Nak jejak kaki ke shah alam punyalah jarang. so kita orang plan nak pakai waze untuk elakkan sesat. Tapi waze pula buat hal. Pagi tadi pulalah waze tak dapat nak detect jalan kat malaysia ini. Terpaksa kita orang pakai signboard yang dah disediakan kat tepi jalan. nasib baik senang nak cari uitm tu. Dari kl saya ikut jalan faderal highway. Jalan je terus. Ikut ke shah alam. tapi nanti banyak signboard masuk ke bandar utama shah alam. korang jangan masuk lorong tu. jalan je terus sampai jumpa signboard lorong ke UITM. ha masuk situ. bila dah masuk nanti mesti nampak signboard uitm lagi. Ikut je. tengok-tengok nanti dah sampai.

Bagi sesiapa yang datang seorang diri ke convocation tanpa mak bapa silalah jangan sedih. sebab keluarga saya pun tadi tak datang. Saya pergi dengan kawan dan balik sorang-sorang sebab kawan saya tu dia balik dengan keluarga dia. Hem... sebenarnya adalah rasa sedih sikit bila tengok ramai graduan ambil gambar dengan mak bapa. Paling sedih sekali bila tengok orang sebelah dapat bunga. Bengkek je hati. 


 

babai ~ ~ ~

Thursday, 13 November 2014

CARA NAK HILANGKAN MISAI BAGI PEREMPUAN

Assalamualaikum.
speaker phone leaf
Kali ni saya nak cerita pasal misai. Bukan misai lelaki. tapi misai perempuan. zaman sekarang ni ramai perempuan yang mula tumbuh misai. Ada orang kata itu bukan misai. tapi itu bulu roma yang berlebihan.
Macam mana perempuan boleh tumbuh misai? Ada orang kata sebab terlebih makan ayam inject jadi misai pun tumbuh. Ada orang kata pula misai tumbuh sebab hormon lelaki terlebih dalam badan.
 Habis tu nak buat macam mana?
Kesian tau kat perempuan yang ada misai ni. lagi kesian kalau dorang jumpa dengan lelaki kurang ajor. kadang-kadang ada setengah lelaki ni main lepas je cakap. "Kenapa kau ada misai?"
sad leafSakitnya hati perempuan bila lelaki tanya mcam tu. Lepas tu ada pula lelaki cakap dia suka kat perempuan yang ada misai sebab nampak cool. Puih ! penipulah kau. Mentang-mentang dorang bukan kat situasi ni bolehlah dorang cakap macam tu.

Nak dipendekkan cerita sebenarnya aku pun ada misai juga.cry leaf Tapi misai aku tak teruk sangat macam lelaki lain sampai melentik. misai aku ni macam misai ustaz kazim. Bulu tumbuh sikit-sikit je kat tepi bibir. Tapi sebab kulit aku putih, misai aku ni boleh nampak jelas.
Aku dah buat survey pasal cara-cara nak hilangkan misai untuk perempuan. Ada beberapa cara.
    search leaf
  1. Surgary wax
  2. Threading
  3. veet
  4. leser.
  5. Cukur jangan sesekali.

Surgery wax aku dah try pakai. berkesan juga. tapi ada setengah bulu tak tercabut.Terpaksa aku pakai pencabut bulu hidung nak cabut bulu yang tertinggal. 

Threading pula aku tak pernah cuba sebab nak buat sendiri tak expert. Kita kena pandai adjust benang lepas tu tarik bulu misai kita. biasanya orang pakai ni untuk cabut bulu kening. 

Veet lagi aku tak pernah cuba. 

Leser pun boleh bagi yang berkemampuan. cara ni lagi bagus untuk hilgkan misai. Bila aku dah ada duit nanti aku ingat aku pun nak buat leser juga. 

Cukur jangan sesekali ! Sebab kalau kita cukur, sehari dah tumbuh balik misai tu. Parah. Tak pasal-pasal kita jadi macam lelaki nanti. Setiap pagi kena bercukur. Sebab kalau bercukur, bulu tu kita tak hilangkan dengan akar dia sekali. klu kita cabut, dengan akar-akar kat dalam kulit tu tercabut sekali. Tapi tak semestinya akar bulu tu akan mati sampai bila-bila. Bulu tu akan tumbuh juga suatu hari nanti.

Ramai perempuan yang ada masalah macam ni, dorang cakap dorang takut nak hilangkan misai sebab takut nanti lagi parah misai tu. Takut akan tumbuh misai lagi lebat dan kasar. Habis tu nak buat macam mana? Kita buat tak tahu je ke pasal misai ni?
glass leafAnggap kat atas bibir kita ni bersih daripada sebarang bulu. Kalau ada lelaki tegur atau dok perhatikan misai kita, kasi penumbuk kat mata dorang.

Tuesday, 11 November 2014

DAUN BETIK UNTUK DENGGI

Zaman sekarang ni, myamuk punyalah jahat. Dah lah hisap darah kita. lepas tu bagi kita demam denggi pula tu. Hari tu lepas raya, saya kena demam denggi sampai masuk hospital. tapi satu hari je saya duduk kat hospital.ill onion head Platelet saya yang paling rendah bacaan dia 52. Maksudnya bacaan darah saya tak normal. kalau normal platelet kita mesti 150 ke atas. 

lepas tu, mak cik saya bagi petua untuk cepat sembuh dari demam denggi. Biasanya orang yang kena demam denggi ni, dorang akan rasa lemah je satu badan. Macam kawan ayah saya, tiga bulan badan dia rasa lemah and tak larat nak buat kerja berat. jalan pun macam tak bermaya. Tapi dalam kes saya pula alhamdulillah sebulan je saya dah sembuh sepenuhnya sebab saya amalkan ubat tradisonal ni.good job onion head

cara-cara nak buat air daun betik : 

(1) Mula-mula korang ambil daun betik. daun betik tu jangan yang muda sangat. ambil yang sederhana usianya. Yang tua pun bole juga tapi jangan ambil yang dah layu pula. kalau tak tau yang mana satu daun yang muda and yang tua, tanya je orang tua. orang tua-tua mesti tau. Nak dapatkan daun ni korang boleh ambil kat tepi jalan. kadang-kadang kat tepi jalan ada pokok betik. Tapi kalau pokok betik tu orang punya, silalah minta izin dulu tau. steal onion head

(2) Dah dapat daun betik tu, korang belenda daun tu. daun betik kan panjang. jadi korang jangan belenda sekali gus. belenda untuk sekali minum je. daun yang lebih tu simpan untuk hari esok. masa belenda tu letak air sikit je. dah belenda, kita tapis ke cawan tea. minum air ni sehari sekali tak kira pagi atau petang atau malam. janji minum. Bila dah tapis kita boleh minum. Ingat! jangan bubuh gula. sebab air ni memang pahit. kalau tak tahan sangat dengan pahit air tu, korang bole letak madu sikit. kalau kat rumah tak ada madu, tahan je la pahit air tu. Bukan mati pun, insyaallah makin sihat.

vomiting onion head
Senang je nak buat air betik ni. tak keluarkan kos langsung. kalau keluar kos pun, kos minyak kereta atau minyak motor sebab pusing-pusing cari pokok betik. Jadi, bagi sesiapa yang kena demam denggi silalah amalkan petua ni. kalau ada kenalan yang menderita penyakit ni pun, silalah bagi tau kat dorang pasal benda ni. sekian, terima kasih.

byby   info onion head

Sunday, 9 November 2014

Budak Junior

Assalamualaikum.

Semoga saudara saudari semuanya sihat walafiat dan gembira selalu. Di sini saya ingin memohon agar korang semua janganlah buli saya di sini. Sebab saya adalah budak junior dan baru dalam dunia blog ni. Saya sendiri tak tahu sama ada saya kene guna ayat short-form atau ayat baku. Bila saya tulis, kejap-jekap saya delete. lepas tu tulis balik. Delete and taip balik. Apa-apa pun terima kasih sebab sudi baca apa yang saya tulis kat sini.
Sebelum saya stress fikir apa yang saya nak tulis kat sini, baik saya kenalkan diri saya dulu. Nama saya bermula dari huruf A. Orangnya berani dan kuat tapi takut tikus. Nak dikataka saya ni macam doraemon. Lipas ke atau cicak ke semuanya saya tak takut. kat rumah sayalah yang jadi tukang pembunuh lipas sebab adik-adik saya takut dengan lipas. Umur saya pula taklah tua mana pun. Baru 21 tahun. kan muda tu. Saya dah habis belajar dah. Sekarang ni saya kerja pegawai terhormat TLDM. Bukan nak belagak saya dapat kerja kat situ, tapi dah hakikatnya kerja saya TLDM je.
         sleeping crazy rabbitT idur
                floating crazy rabbitL epak
             blush crazy rabbitD an
                 eating crazy rabbitM akan


Hehehehe~~~teehee crazy rabbit    


Ohkla. rasanya ini saja yang saya nak kenalkan diri dengan anda semua. Nanti pada post yang akan datang saya akan kenalkan diri saya dengan lebih dalam lagi kat korang semua. Ingat! saya ni perempuan tau dan masih membujang. hohohoho!!